Artikel 4

Ambil iktibar ‘kejatuhan’ Filipina

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album mini ini dipilih sendiri oleh beliau. Antaranya ialah 400 Tahun, Ini Bukan Demokrasi Kita, Doa Warga Merdeka dan sebuah lagu klasik lama Epilog Cinta Dari Bromley.Beliau tentu ada sebab tertentu memilih lagu-lagu tersebut. Pada saya, lagu-lagu itu sangat sesuai didengar dan diamati oleh generasi hari ini supaya kita menjadi lebih insaf dan lebih bersyukur kerana dapat menikmati erti sebenar kemerdekaan yang ada sekarang.Ini termasuk kemakmuran dan kemajuan dalam pelbagai bidang terutama sistem pembelajaran yang cukup dinamik.

Tanya pada diri, bagaimana segalanya ini tercapai oleh negara dalam tempoh yang singkat selama 50 tahun? Maka ternyata jawapannya keamanan, kerajaan yang stabil dan kukuh serta modal insan berkebolehan. Inilah yang menarik pelabur asing datang ke Malaysia dari tahun 1980-an sehingga kini. Marilah kita belajar daripada apa yang telah terjadi kepada jiran kita Filipina.Pada tahun 60-an dan 70-an, Filipina mempunyai kerajaan yang kukuh, sistem pembelajaran yang cukup baik dan boleh dikatakan hampir semua rakyat boleh bertutur bahasa Inggeris.

Pelabur asing berduyun-duyun datang ke Filipina sehingga menjadi sebegitu makmur. Ketika itu satu dolar Amerika bersamaan satu perpuluhan lima (1.5) peso Filipina.Keadaan ini tidak lama. Suasana berubah apabila kerajaan menjadi semakin lemah dan mengikut telunjuk rakyat yang tidak berpuas hati. Demonstrasi jalanan menjadi-jadi. ‘Kuasa Rakyat’ atau Peoples Power menjadi laungan rakyat, sehingga berlaku pertumpahan darah. Setelah negara menjadi lemah, kerajaan sering bertukar ganti dan keadaan menjadi tidak stabil. Maka banyaklah pelabur asing yang lari ke Malaysia pada tahun 1980-an.

Sehingga kini Filipina merupakan salah satu negara yang paling cuba dijauhi oleh pelabur asing untuk melabur.
Pelabur asing ketika itu memilih Malaysia kerana kerajaan yang kuat, stabil dan tiada demonstrasi jalanan, rakyat berkebolehan dan ramai yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.Makmur Suasana sedemikian menyebabkan nama Malaysia menjulang naik, negara bertambah makmur dan kehidupan rakyat bertambah senang. Peluang pekerjaan terlalu banyak ketika itu sehingga saya melompat-lompat mendapat kerja. Pilih saja apa kerja yang kita suka.

Rumusan daripada coretan saya ini, jangan sekali-kali kita menggadai keamanan dan kestabilan negara. Pilihlah kerajaan yang cekap mentadbir, berpengalaman, mampu bersaing di arena antarabangsa dan mampu memberi kestabilan. Jangan pilih  demonstrasi jalanan. Kerana itu bukanlah demokrasi yang kita mahu. Demonstrasi jalanan tidak sesuai dengan negara yang pesat membangun seperti Malaysia yang masih memerlukan kedatangan pelabur asing. Demonstrasi jalanan hanya sesuai di negara maju yang tidak perlukan pelaburan asing. Kita tidak mahu jadi seperti beberapa negara jiran yang ekonomi mereka hampir hancur kerana demonstrasi jalanan yang tidak terkawal.
– SOHAIMI MIOR HASSAN,